PROGRAM ICT DKM ( DIPLOMA KOMPETENSI MARA )

DIPLOMA KOMPETENSI RANGKAIAN KOMPUTER DAN SISTEM PENTADBIRAN -

SKM TAHAP 4 (DIPLOMA COMPETENCY IN COMPUTER NETWORKING AND SYSTEM ADMINISTRATION - SKM LEVEL 4) - DCN

 

Program ini menawarkan pengetahuan akademik dan latihan praktikal dalam bidang Komputer Rangkaian dan pentadbiran sistem dalam usaha menghasilkan melahirkan modal insan yang mempunyai kompetensi berasaskan industri dengan mengadaptasikan Sistem Pensijilan Kemahiran Teknikal (MARA) dan Sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia (JPK). Program ini turut menawarkan "Competency Certification" dalam bidang Komputer Rangkaian yang merangkumi kemahiran Configuring Networking devices (LAN and WAN), Network Security, Managing Computer and Network Maintenance, dan pentadbiran sistem yang memperincikan kemahiran berkaitan Installing & configuring Advanced Server, Administering & maintaining server, yang diperlukan oleh Industri ICT di peringkat global.

 

  OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Sistem Komputer adalah untuk menjana tenaga mahir yang :-

1.     Berpengetahuan dan mahir di dalam bidang komputer.

2.     Mahir dalam mengendalikan struktur pelanggan dan pelayan dalam sistem komputer yang merangkumi aspek konfigurasi pelayan, pengurusan rangkaian dan kawalan keselamatan sistem komputer.

3.     Mahir dalam pengurusan penyelenggaraan sistem komputer.

4.     Berpengetahuan dalam perancangan perolehan dalam bidang sistem komputer dan rangkaian

 

 KETERANGAN KURSUS:

Kurikulum DKM IT-020-4:2013 ini memberi tumpuan kepada teori dan praktikal serta bidang pengurusan melibatkan bidang Sistem Komputer seperti :

 

Teori & Praktikal :-

1.     Server Configuration

2.     Computer Network Installation Management

3.     Computer System Security Control

4.     Computer System Maintenance Management

5.     Computer System & Network Procurement

6.     Core Abilities

KEPAKARAN BIDANG KERJAYA

Server Configuration

Server Maintenance Administration

Computer Network Security Deployment

Computer Network Maintenance Management

Computer System and Network Procurement

 

PELUANG KERJAYA

Network Manager

Certified Network Engineer

Network Consultant

Trainer

Hubungi Kami

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, Mukim Serom 4 & 5, 84410 Tangkak, Johor Darul Takzim

  • dummy+6 06-975 6200

  • dummy+6 06-975 6203

  • dummy info@ledang.kktm.edu.my

Search