PENTADBIRAN

Pejabat Pentadbiran Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang adalah bahagian yang membantu melancarkan arah hala tuju yang sesuai untuk mencapai objektif jangkamasa panjang serta membantu Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang dikenali dan disegani di setiap lapisan masyarakat . 

Pejabat Pentadbiran yang diketuai oleh Pengarah dibantu oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan & Pembangunan Pelajar serta Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik

Selaras dengan perubahan semasa yang penuh cabaran, Pejabat Pentadbiran sentiasa bertindak proaktif dalam memberi sokongan terbaik kepada warga KKTM Ledang bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

 

FUNGSI UTAMA

  • Meyelaraskan arah tuju KKTM Ledang agar selari dengan kehendak MARA khasnya dan Negara amnya
  • Bertanggungjawab dalam perkara – perkara yang melibatkan pengurusan kewangan dan akademik
  • Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan aset dan kepentingan KKTM Ledang
  • Bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti rasmi kolej yang melibatkan protokol
  • Menguruskan Mesyuarat Pengurusan dan melakukan apa – apa fungsi lain dan mengambil tindakan sebagaimana yang diperlukan dalam menjalankan dengan sewajarnya tugas – tugas di bawah Kaedah dan Peraturan.

 

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan terbaik dalam segala urusan pentadbiran dan pembangunan
  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan kolej
  • Menjadikan KKTM Ledang sebuah institusi yang dikenali dan disegani

Hubungi Kami

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, Mukim Serom 4 & 5, 84410 Tangkak, Johor Darul Takzim

  • dummy+6 06-975 6200

  • dummy+6 06-975 6203

  • dummy info@ledang.kktm.edu.my

Search