Unit Bimbingan dan Kaunseling di KKTM Ledang merupakan unit sokongan di bawah kawalan Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar). Unit ini ditadbir urus oleh seorang Kaunselor Berdaftar yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah kaunseling individu dan kelompok, bimbingan individu dan kelompok, konsultasi dan program pembangunan pelajar.
Masa perkhidmatan : 8.00 pagi – 5.00 petang