UNIT PENGURUSAN ASET DAN MAKMAL

Pengurusan Aset & Makmal mengutamakan penyelenggaraan yang baik bagi menjamin sesuatu aset dimana dapat memberikan pulangan yang memuaskan. Aset mestilah diselenggarakan dengan lebih berkesan dan profesional bagi memperolehi “best value for money”. Oleh yang demikian, penyelenggaraan yang berkesan memerlukan suatu pendekatan yang lebih strategi dan komprehensif.

Aset tidak akan memberi pulangan yang memuaskan sekiranya penyelenggaraan terhadapnya diabaikan atau penyelenggaraan hanya akan dilakukan terhadapnya apabila timbul kerosakan yang serius atau rungutan pengguna di mana aset tidak mencapai pada tahap yang optimum. Pendekatan secara reaktif ini amat merugikan semua pihak. Kerosakan seringkali sampai ke tahap optimum/ uzur baru diperbaiki dan ini boleh mengganggu produktiviti aset tersebut.

Penyelenggaraan hendaklah diberi penekanan penting terutamanya aset-aset yang melibatkan proses pembelajaran di kolej dari terganggu serta menggelakkan kerugian jangka panjang.

OBJEKTIF

Mensasarkan 100% penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan di KKTM Ledang di buat mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Hubungi Kami

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, Mukim Serom 4 & 5, 84410 Tangkak, Johor Darul Takzim

  • dummy+6 06-975 6200

  • dummy+6 06-975 6203

  • dummy info@ledang.kktm.edu.my

Search