Unit Pengurusan Asrama bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal pelajar yang mendiami Asrama Lelaki dan Asrama Perempuan di KKTM Ledang. Penempatan asrama kepada pelajar di kolej ini boleh memuatkan seramai 1068 orang pelajar secara keseluruhannya.
FUNGSI
Unit Pengurusan Asrama bertanggungjawab dalam urusan berikut:
- Membuat urusan penempatan pelajar di asrama
- Mengemaskini rekod penghuni asrama
- Membuat urusan perolehan kemudahan dan peralatan kelengkapan asrama
- Mengemaskini daftar inventori peralatan dan kelengkapan asrama
- Membuat Laporan Kerosakan untuk selenggaraan asrama
- Mengenalpasti peralatan dan kelengkapan asrama yang perlu dilupuskan
- Melakukan Pemantauan kebersihan dan keselamatan kawasan persekitaran asrama
- Menguruskan pelajar ke klinik atau hospital
- Menerima arahan dari masa ke semasa
Antara borang - borang yang digunakan oleh pelajar untuk urusan penempatan di asrama adalah seperti :
- Borang Permohonan Menduduki Asrama
- Borang Penerimaan Peralatan / Inventori
- Borang Clearance Villa KKTM Ledang Semasa Balik Cuti Semester
- Surat Rawatan Doktor Untuk Pelajar KKTM Ledang
- Borang Daftar Penggunaan Barang Elektrik