Unit Penilaian & Pensijilan KKTM Ledang merupakan salah satu unit sokongan dibahagian Pembangunan Akademik. UPP Ledang diwujudkan serentak dengan pembukaan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang pada bulan Oktober 2010.
Unit ini dikendalikan oleh Pegawai Peperiksaan yang bertindak sebagai Penyelaras dan pemudahcara dalam pengurusan berkaitan proses penilaian dan persijilan berserta seorang Pembantu Tadbir dan seorang pembantu am pejabat yang bertindak membantu unit ini semasa minggu peperiksaan berlangsung.
AGENDA
Secara umumnya Unit Penilaian & Persijilan (UPP) bertanggungjawab terhadap penyelarasan berkaitan hal – hal peperiksaan dan keputusan peperiksaan.
OBJEKTIF
Unit Penilaian & Persijilan (UPP) bertanggungjawab menyelaras dan mengendalikan segala aktiviti berkaitan peperiksaan dan persijilan diperingkat pusat sehingga pelajar menamatkan pengajian dan seterusnya menerima diploma melalui majlis konvokesyen yang diuruskan oleh pihak BKT.
FUNGSI
Antara tugas utama yang dilaksanakan oleh Unit Penilaian & Pensijilan adalah:
- Mengendalikan bengkel proses penggubalan dan pemurnian soalan bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
- Menyediakan Jadual Peperiksaan Akhir dan Jadual Pengawas Peperiksaan.
- Menguruskan dan membuat percetakan soalan untuk peperiksaan akhir.
- Membuat persiapan percetakan dokumen peperiksaan dan persiapan dewan bagi memastikan perjalanan peperiksaan akhir berjalan dengan lancar.
- Memproses dan menyediakan dokumen – dokumen yang berkaitan keputusan peperiksaan akhir seperti slip keputusan, dokumen pembentangan senat, rumusan senat, minit mesyuarat senat, dokumen pendaftaran pelajar dan pengeluaran sijil kecemerlangan.
- Menyediakan dokumen tambahan melibatkan pelajar yang mengulang kursus, mengulang semester, gagal dan berhenti, data kajian keputusan peperiksaan, laporan lembaga, senarai graduan dan lain – lain.
- Menyediakan senarai graduan yang tamat pengajian dan urusan berkaitan persijilan.
- Menyediakan transkrip keputusan peperiksaan.
- Menguruskan majlis kecemerlangan pelajar serta lain – lain aktiviti yang berkaitan dengan unit ini.