Unit IT bertanggungjawab dalam memperkasakan pengurusan dan pembelajaran di KKTM Ledang dalam aspek penggunaan Teknologi Maklumat. Dalam zaman yang serba pantas, menjadi tanggungjawab besar untuk Unit IT dalam memastikan segala keperluan IT warga KKTM Ledang sekurang-kurangnya selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
Unit IT bertanggungjawab dalam aspek pengurusan sistem maklumat KKTM Ledang dengan memastikan segala keperluan pelaksanaan dan perjalanan sistem maklumat KKTM Ledang berjalan dengan baik dan sistematik. Unit IT juga bertanggungjawab memastikan segala keperluan berkaitan teknologi maklumat, komunikasi dan media dapat disediakan dengan baik dan berfungsi mengikut keperluan organisasi. Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisien dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Unit IT akan mengawal selia
- Pengurusan Sistem dan Pembangunan Web
- Teknikal dan Rangkaian
- Email & Perisian
Selaras dengan perubahan semasa yang penuh cabaran, Unit IT sentiasa bertindak proaktif dalam memberi sokongan terbaik kepada KKTM Ledang bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
OBJEKTIF
- Memastikan keperluan peralatan IT dapat dipenuhi mengikut perkembangan teknologi semasa
- Memastikan kemahiran IT dapat dikuasai oleh semua peringkat kakitangan KKTM Ledang