MAKLUMAT KONVOKESYEN
2.2 Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA (KKTM, KPM, MJII dan IKM) ini hanya melibatkan graduan KKTM, KPM, MJII dan IKM di Semenanjung Malaysia sahaja.
4.1 Graduan yang akan menghadiri majlis konvokesyen ini adalah diwajibkan membayar bayaran graduasi sebanyak RM270.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Tujuh Puluh Sahaja) sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
4.2 Kaedah pembayaran hendaklah dibuat menggunakan medium perbankan elektronik yang disediakan melalui sistem pendaftaran konvokesyen iaitu www.tvetmara.edu.my/konvoipma2019
4.3 Skrol dan transkrip graduan hanya boleh dikeluarkan pada atau selepas tarikh konvokesyen dengan syarat segala bayaran termasuk bayaran graduasi dan hutang tertunggak (jika ada) telah dijelaskan.
4.4 Bayaran graduasi yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan kepada graduan yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut.
5.1 Graduan hendaklah mengesahkan kehadiran masing-masing di www.tvetmara.edu.my/konvoipma2019 pada tarikh yang telah ditetapakan.
5.2 Pihak institusi dikehendaki menyemak kehadiran graduan dari semasa ke semasa.
6.2 Graduan hendaklah melengkapkan borang kajian tersebut secara atas talian bermula pada tarikh yang telah ditetapkan di pautan seperti berikut:
6.3 Graduan yang telah melengkapkan borang kajian tersebut perlu mencetak slip pengesahan dan dibawa semasa pendaftaran.
6.4 Graduan hendaklah mengisi maklumat terkini status kebolehpasaran dengan betul dan lengkap.
6.5 Graduan tidak dibenarkan mengambil jubah, skrol dan transkrip jika gagal melengkapkan borang kajian pengesanan graduan.
7.1 Etika pemakaian graduan majlis konvokesyen adalah seperti berikut (Rujuk Gambar 1):
a) Graduan Lelaki
- ‘Lounge suit’ (warna gelap) atau baju kebangsaan (warna gelap) lengkap bersampin, kasut dan pakaian konvokesyen.
- Seluar jeans dan seluar pendek tidak dibenarkan.
- Kasut kulit atau PVC berwarna hitam sepenuhnya dan berstokin yang menutupi buku lali.
- Kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan.
- Potongan rambut hendaklah pendek dan kemas.
- Pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher dan pakaian konvokesyen.
- Warna pakaian adalah bebas.
- Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar menggunakan tudung kepala warna cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna ‘hood’ kluster masing-masing.
- Kasut kulit atau PVC berwarna hitam sepenuhnya dan berstokin yang menutupi buku lali.
- Kasut sukan/selipar/kasut yang terbuka di belakang tidak dibenarkan.
- Skirt pendek atau seluar tidak dibenarkan.

Tetamu graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah berpakaian seperti berikut:
Lelaki
· Kemeja lengan panjang, baju kebangsaan atau baju batik dan berkasut.
· Seluar jeans dan seluar pendek tidak dibenarkan.
· Kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan.
· Potongan rambut hendaklah pendek dan kemas.
Wanita
· Pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher atau baju kebangsaan
serta sopan.
· Kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan.
· Skirt pendek atau seluar tidak dibenarkan.


