infokktm_ledang@mara.gov.my 06-975 6200 / 6201

PERUTUSAN PENGARAH

Selamat datang ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor.

KKTM Ledang adalah sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang melahirkan para graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan di mana terdapat enam (6) program yang ditawarkan.

KKTM Ledang sentiasa komited dalam memacu penghasilan pelajar yang kreatif dan inovatif seterusnya melahirkan modal insan yang berkompetensi berasaskan industri dan teknoushawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara.

Transformasi Pendidikan dalam kluster bioperubatan terutamanya dalam MARA bertujuan untuk menghasilkan tenaga mahir yang diperlukan oleh industri sekaligus menjadikan pelajar KKTM Ledang sebagai peneraju bidang biomedikal terunggul.

Pelajar – pelajar KKTM Ledang juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di dalam dan juga luar negara.

Saya berharap semua pelajar KKTM Ledang dapat menjadi peneroka ilmu dan mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan abad ke-21.

Yang ikhlas,

Nurul Azmi BIN Johari
Pengarah
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang
Tangkak, Johor