Perutusan Pengarah

MARA ECOSYSTEM QUALITY STANDARD (MQS)
ENGINEERING TECHNOLOGY ACCREDITATION COUNCIL (ETAC)
INTEGRATED MANAGEMENT SYSTEM (IMS)
KKTM Ledang dibina secara rasmi pada 07 September 2005. Perasmian KKTM Ledang oleh YB Datuk Seri Hj. Mohd. Shafie bin Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada ketika itu. Mula beroperasi sepenuhnya pada 14 Jun 2010 dengan kemasukan pelajar “first batch” pada 12 Julai 2010.
KKTM Ledang dibina di atas tanah dengan keluasan 72 ekar. Lokasi pembinaan di Mukim Serom 4 dan 5 dalam Daerah Tangkak.
1. Menjadi institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan institusi dan teknousahawan
2. Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship)
3. Pemangkin dalam revolusi teknologi bagi meningkatkan daya saing
4. Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik
5. Menjadi institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa
WARGAKERJA
PROGRAM
BILIK KULIAH DAN MAKMAL
ALUMNI

Memupuk kecergasan jasmani pelajar melalui aktiviti Kesatria yang diselia oleh Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan juga penglibatan pelajar bersama - sama dengan Rejimen Askar Wataniah (RAW).

Memberi pengisian jiwa kepada pelajar melalui Slot Kerohanian yang diadakan pada setiap hari Selasa di Musolla An-Nu

Memupuk semangat kepimpinan dalam diri pelajar melalui daya pemikiran kreatif dan kritis serta membawa perubahan kepada kehidupan kampus.

SPINTER merupakan acara sukan tahunan yang diadakan sebagai platform bagi melahirkan pelajar aktif dan kompetetif melalui pelbagai acara sukan yang menarik.

Aktiviti keusahawanan merupakan aktiviti yang sering diadakan bagi melatih kemahiran berkomunikasi, kalkulatif dan soft skill dalam diri pelajar.
Memberi peluang kepada pelajar bagi mencungkil bakat serta kemahiran yang dimiliki dengan sentiasa berinovasi dalam kehidupan.
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang Terdapat 5 Program Pengajian Dan Hanya Program ICT Menawarkan 2 Pengkhususan Pengajian.
Status Program: Akreditasi oleh MQA | Kod Program: MQA/FA2954
Makmal (Scientific) Bioperubatan iaitu satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran pengendalian dan penyelenggaraan peralatan yang bertujuan menganalisa, memproses, memeriksa darah, bendalir badan dan spesimen biologi yang diambil dari pesakit. Peralatan makmal antaranya terdiri daripada Microscope, ISE analyser, Blood Gas Analyser, Urine Analyser dan Centrifuge.
Status Program: Akreditasi oleh MQA | Kod Program: MQA/FA2955
Diagnostik Bioperubatan ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan yang bertujuan untuk mengenalpasti atau mendiagnosis penyakit di manusia. Peralatan Diagnostik terdiri daripada Electrocardiogram (ECG), Audiometer, Endoscope, Cardiotocogram (CTG), Spirometer dan Patient Monitor.
Status Program: Akreditasi oleh MQA | Kod Program: MQA/FA2956
Terapeutik Bioperubatan ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan yang bertujuan untuk mengelakkan dan merawat penyakit. Peralatan terapeutik terdiri daripada alat-alat yang ringkas seperti infusi dan pam picagari sehinggalah kepada alatan berteknologi tinggi seperti mesin hemodialisis, ventilator dan anestetik.
Status Program: Akreditasi oleh MQA | Kod Program: MQA/FA3944
Radiologi dan Pengimejan ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan yang menggunakan radiasi seperti x-ray, sinar gamma, gelombang bunyi frekuensi tinggi dan medan magnet untuk radiasi tidak mengion bagi penghasilan imej organ dan bahagian dalaman lain badan pesakit sebagai fungsi diagnostik. Peralatan Radiologi dan pengimejan terdiri daripada mesin X-Ray, MRI, CT-Scan, Ultrasound dan LASER.
Status Program: Akreditasi oleh MQA | Kod Program: MQA/FA3945
Program ICT adalah satu bidang pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek rangkaian dan keselamatan teknologi maklumat dan telekomunikasi dalam industri perubatan. Teknologi ICT menghubungkan antara doktor dan pentadbir sistem serta alatan bioperubatan dan system server untuk membolehkan capaian data menggunakan komputer dan telefon bimbit. Asas kemahiran pengendalian dan penyelenggaraan peralatan bioperubatan diperkenalkan beserta kemajuan teknologi yang terdapat dalam program ini ialah CISCO, HIS, PACS, RIS dan IoT. Program ICT menawarkan 2 pengkhususan iaitu :-
1. Diploma Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BioPerubatan) - Pengambilan Lepasan SPM
2. Diploma Kompetensi Rangkaian Komputer Dan Sistem Pentadbiran (SKM Tahap 4) - Hanya Bagi Yang Mempunyai SKM Tahap 3 (Kursus Berkaitan ICT) Dari Giat MARA.

| SENARAI TENAGA PAKAR | Muat Turun |
|---|

Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik

Ketua Program Diagnostik

Ketua Program ICT

Ketua Program Makmal

Ketua Program Radiologi Dan Pengimejan

Ketua Program Teraputik

Ketua Jabatan Pengajian Am
- Kredit Sains/Biologi/Kimia/Fizik
- Kredit Mana-Mana Matapelajaran Lain
- Lulus Matematik,Bahasa Inggeris Dan Sejarah
- 3 tahun bersamaan 6 semester (5 semester pengajian, 1 semester Latihan Industri)
- Layari laman web tvetmara.edu.my
- 2 kali setahun iaitu bagi sesi Januari - Jun dan Julai - Disember.
- Pengajian diiktiraf MQA Dan ETAC
- Yuran Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MARA
- Penginapan sehingga tamat semester disediakan
- Mendapat elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan
- Peluang menyambung pengajian didalam dan diluar negara
Sekilas Pemandangan Sekitar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang